Monday, 16 December 2013

GEMUK AIR

As salam...
Selamat petang semua. Semoga ceria dipetang Isnin nie dgn melakukan aktiviti berfaedah. Apa kata uolss baca sikit apa yg saya nak kongsi nie...
Apalagi...JOM!

GEMUK AIR
Kenapa Gemuk Air ???

Gemuk sebenarnya terbahagi kepada 3 jenis:
1) gemuk air
2) gemuk angin 
3) gemuk daging

- Kegemukan adalah di mana berat badan kita melebihi 20 % berat ideal. 
- Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. 
- Maka akan menyebabkan berlaku pengumpulan lemak pada bahagian tertentu badan.
JOM tengok kita dalam kategori gemuk mana ya?


1. GEMUK AIR

* Kulit kelihatan cerah / putih macam belon
* Bila berdiri, bahu jatuh
* Badan menggeleber dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
* Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
* Cuba picit bahagian lengan tangan, rasa lengan tangan menggeleber dan lembik tak? kalau ya, tahniah anda gemuk air!
* Cuba timbang waktu pagi dan malam. Jika ada perubahan berat berlaku dalam 1-2 kilogram, tahniah juga, anda gemuk air!!

2. GEMUK ANGIN

* Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
* Mudah mendapat sakit kepala.
* Gemuk angin ni juga kalau picit bahagian lengan tangan, rasa lengan tangan menggeleber dan lembik
* Isi terasa lembik, ada masalah angin dan sering sendawa.

3. GEMUK DAGING

* Kurang makan sayur
* Rangka besar
* Suka makan karbohidrat
* Badan berasa berat dan pejal.
* Mudah penat apabila melakukan tugas harian
* Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin ini kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
* Proses penurunan melalui perpeluhan
* Cuba picit bahagian lengan tangan, kalau merasa pejal dan padat, tahniah anda gemuk daging

Dah tau kan kita dalam kategori manakan?. Gemuk air BUKAN SEBAB MINUM AIR BANYAK. Ramai yang salah anggap pasal gemuk air sebab minum air banyak.  

Gemuk air biasanya disebut juga sebagai "water retention".

Water retention ni terjadi ada beberapa sebab. Salah satunya sebab period datang tiap-tiap bulan tu (bagi kaum wanita jer ya). Yang ni tak leh buat apa la... dan jangan risau ianya sementara sahaja.


Penyebab lain terjadinya gemuk air ialah :

1. Makan makanan yang mengandungi kandungan sodium (garam) yang tinggi. Sodium yang berlebihan akan bertukar kepada cecair dalam badan yang menyebabkan selulit dan penahanan air. Garam akan menghalang penyerapan air ke dalam sel-sel badan. Kalau ini sebabnya, cara nak mengubatnya kenalah minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk mengurangkan kepekatan garam dalam darah.

2. Perkara biasa di kalangan orang gemuk/obese ialah sistem limphatic kita tidak berfungsi dengan baik. Cecair yang berlebihan tidak dikeluarkan atau diflush dari badan. Ini jugak akan membentuk water retention.

Fungsi sistem limfa iaitu: 1. Mengembalikan cairan & protein dari jaringan ke sirkulasi darah 2. Mengangkut limfosit 3. Membawa lemak emulsi dari usus 4. Menyaring & menghancurkan mikroorganisme untuk menghindarkan penyebaran 5. Menghasilkan zat antibody (sumber : wikipedia).

3. Yang paling teruk, apabila badan kita banyak visceral fat dan kolestrol. Maybe salah satu sebab makan makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi.

Visceral fat ni lagi senang nak dapat water retention ni. Bila dah banyak visceral fat, kita dah start developing hypertension (tekanan darah tinggi). Walaupun doktor belum diagnose kita ada darah tinggi dan sebagainya, tapi pembuluh darah kita dah mula sempit dek visceral fat, kita mulalah bertekanan darah tinggi (walaupun belum bahaya) dan tekanan darah tinggi dan water retention bergerak seiring sejalan ya. 

4. Terlalu kerap minum minuman berkafein seperti kopi dan teh.



No comments:

Post a Comment